Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
Sesungguhnya perumpamaanku sebagai utusan Allah, adalah seperti seorang lelaki yang menemui kaumnya seraya berkata: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah melihat dengan mata kepala kamu sendiri sekumpulan pasukan. Sesungguhnya aku adalah orang yang memberi peringatan. Carilah keselamatan! Maka sebahagian dari kaumnya ada yang patuh, pada waktu malam mereka berangkat dengan tidak terburu-buru. Manakala sebahagian lagi mereka mendustakan, di mana sehingga pagi hari mereka masih berada di tempatnya. Pada pagi itu pula, pasukan tersebut menghancurkan mereka hingga tidak ada yang tinggal. Maka itu adalah perumpamaan orang-orang yang patuh kepadaku dan mengikuti misi yang aku bawa serta perumpamaan orang yang derhaka kepadaku dan mendustakan misi kebenaran yang aku bawa.(Sahih Muslim)
Intisari hadith:
1. Keselamatan di dunia dan akhirat hanya akan diperolehi sekiranya kita mengikuti semua pakej ajaran (suruhan dan larangan) yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
2. Kita wajib mengikuti (ittiba') sunnah yang sahih tanpa menambah sesuatu yang baru atau mengurangkannya.
Sukan?
-
Seperti mana yang tertera di tajuk, kali ini saya akan membicarakan sedikit
sebanyak tentang aktiviti sukan yang anda boleh lakukan di Mahsa Bandar
Saujana...
8 years ago

No comments:
Post a Comment