06 December 2008

Ciri2 Usahawan Berjaya..

CIRI-CIRI SEORANG USAHAWAN BERJAYA
Berikut adalah antara sifat-sifat usahawan yang berjaya sebagai tips pedoman untuk kita semua merenungi sejenak ;

1. Keperluan yang tinggi untuk berjaya.
2. Hasrat untuk menerima cabaran.
3. Bebas dari segi fikiran dan tindakan.
4. Penyelesai masalah.
5. Sering mengharapkan masa depan yang baik.
6. Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.
7. Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.
8. Kesudian menerima tanggungjawab.
9. Mahir berkomunikasi
10. Konsep diri yang positif.
11. Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.
12. Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.
13. Berorietasikan perancangan.
14. Berkemahiran dalam pengurusan.
15. Menetapkan matlamat.
16. Mahukan kemajuan.
17. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.
18. Berkepimpinan.
19. Bersungguh dan berusaha.
20. Pandai membuat keputusan
21. Melihat satu-satu perkara dari sudut positif .
22. Bersyukur dengan kehendak Tuhan.

Wudhu' dalam Kolah Besar Kolah Kecil

Sebenarnya isu ini pendek sahaja ingin diceritakan. Cuma dah lama nak dikongsikan tetapi masa nak taip je lupa topik ni.

Antara kemudahan yang diberikan kepada umat Islam dalam menyegerakan dalam berwudhuk untuk beribadat diharuskan berwudhuk di dalam air yang tidak mengalir tetapi perlu melebihi 2 kolah. Maka banyak masjid menyediakan kolah sebegini bagi memudahkan jemaah mengambil wudhuk.

Sepanjang pegetahuan kawan, hanya air mutlak yang dibenarkan digunakan untuk bersuci termasuk mengambil wudhuk. Tetapi jarang orang lupa isu air Mutlak akan hilang sahtarafnya apabila menjadi air Musta'mal (air yang diguna pakai) dalam isu menggunakan air untuk ibadah atau lain-lain tujuan khas seperti mandi wajib.

Sepanjang sembahyang jumaat kawan di Kuala Lumpur, hanya Masjid Ar Rahman (UM) yang kawan jumpa kolah dan banyak ragam yang kawe sendiri keliru samada mereka itu jahil sikit atau jahil banyak atau kawan salah belajar atau salah paham.
Setahu kawan la mengikut fahaman ilmu cetek kawan, kolah dibuat bagi membolehkan wudhuk diambil terus daripada kolah. Tetapi semenjak 2004 kawan berjemaah di masjid tersebut boleh dikatakan muka lain setiap minggu yang mengambil wuduk dengan menceduk air dalam kolah ke dalam gayung dan ceduk terus tangan ke dalam gayungnya serta menggunakan air tersebut beberapa kali.

Kalau ikut pelajaran tak habis kawan, air musta'mal macamana nak sah wudhuk. Tak sah wudhuk, tak sah sembahyang. Argh! sudah!

Bukan budak-budak remaja sahaja, malah student UM dan orang yang dah tua bangka pun masih begitu. Salah fahaman kawan ke. Ditanyanya kawan ustaz, maka dikatakan betullah air musta'mal tak boleh dibuat ambil wudhuk.

Sedangkan tayammum pun akan batal kalau dengar air menitis. Itu dengar sahaja bukan nampak lagi.. apatah lagi wudhuk sedemikian...

Kawan dah banyak kali jeling dah.. buat tak paham je depa ni. Taknak cuba ambil wudhuk sana?

05 December 2008

Hadis Abu Musa r.a.

Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
Sesungguhnya perumpamaanku sebagai utusan Allah, adalah seperti seorang lelaki yang menemui kaumnya seraya berkata: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah melihat dengan mata kepala kamu sendiri sekumpulan pasukan. Sesungguhnya aku adalah orang yang memberi peringatan. Carilah keselamatan! Maka sebahagian dari kaumnya ada yang patuh, pada waktu malam mereka berangkat dengan tidak terburu-buru. Manakala sebahagian lagi mereka mendustakan, di mana sehingga pagi hari mereka masih berada di tempatnya. Pada pagi itu pula, pasukan tersebut menghancurkan mereka hingga tidak ada yang tinggal. Maka itu adalah perumpamaan orang-orang yang patuh kepadaku dan mengikuti misi yang aku bawa serta perumpamaan orang yang derhaka kepadaku dan mendustakan misi kebenaran yang aku bawa.(Sahih Muslim)

Intisari hadith:

1. Keselamatan di dunia dan akhirat hanya akan diperolehi sekiranya kita mengikuti semua pakej ajaran (suruhan dan larangan) yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

2. Kita wajib mengikuti (ittiba') sunnah yang sahih tanpa menambah sesuatu yang baru atau mengurangkannya.